GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULLISAN MINIT MESYUARAT
Penekanan kali ini lebih kepada penulisan minit mesyuarat. Pertama kali masuk sektor kerajaan memang tiada kursus atau apa-apa latihan yang diberi. Belajar dengan banyak bertanya, mencari sendiri kursus yang berkaitan, baca pekeliling dan juga merujuk kepada kerja-kerja lama dari PT terdahulu. Jika bernasib baik, pihak atasan akan adakan kursus yang berkaitan untuk anda. Jadi untuk minit mesyuarat masa itu menggunakan minit mesyuarat terdahulu sebagai rujukan dan tiada teguran diterima maka kita beranggapan apa yang dibuat adalah betul. Sehingga ditegur oleh ketua jabatan yang baru apa yang dibuat sebenarnya salah dan tidak mengikut tatacara sepatutnya. maka bermula mencari pekeliling berkaitan panduan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat yang betul dan mengikut pekeliling. Rujukan utama / punca kuasa ** PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan ** PEKELILING KEMAJUAN P...