GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULLISAN MINIT MESYUARAT
Penekanan kali ini lebih kepada penulisan minit mesyuarat. Pertama kali masuk sektor kerajaan memang tiada kursus atau apa-apa latihan yang diberi. Belajar dengan banyak bertanya, mencari sendiri kursus yang berkaitan, baca pekeliling dan juga merujuk kepada kerja-kerja lama dari PT terdahulu. Jika bernasib baik, pihak atasan akan adakan kursus yang berkaitan untuk anda.
Jadi untuk minit mesyuarat masa itu menggunakan minit mesyuarat terdahulu sebagai rujukan dan tiada teguran diterima maka kita beranggapan apa yang dibuat adalah betul. Sehingga ditegur oleh ketua jabatan yang baru apa yang dibuat sebenarnya salah dan tidak mengikut tatacara sepatutnya.
maka bermula mencari pekeliling berkaitan panduan mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat yang betul dan mengikut pekeliling.
Rujukan utama / punca kuasa
** PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan
** PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 1993 Panduan Mengenai Mesyuarat Pagi
** ARAHAN PENTADBIRAN KETUA PENGARAH MAMPU BILANGAN 6 TAHUN 2014 Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat
** PEKELILING TRANSFORMASI PENTADBIRAN AWAM BIL.2 TAHUN 2018 MyMesyuarat: Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital.
FORMAT STANDARD MINIT MESYUARAT
Format Teknikal Minit Mesyuarat
i Jenis FONT - Arial
ii Saiz FONT - 12 hingga 14
iii Jarak antara barisan - Langkau sebaris (Single Spacing) hingga 1.15; dan
iv Kedudukan teks seimbang rata kiri dan kanan (justified)
Struktur Minit Mesyuarat
i Maklumat mesyuarat
ii Senarai kehadiran
iii Perutusan Pengerusi
iv Pengesahan minit mesyuarat
v Perkara Berbangkit
vi Pembentangan kertas cadangan/ kerja untuk mendapatkan keputusan
vii Pembentangan kertas makluman
viii Hal-hal lain
ix Penutup
Lain- lain contoh dan rujukan lain
i Garis Panduan Penyediaan Minit Mesyuarat
ii Pengurusan Mesyuarat Berkualiti
Comments
Post a Comment